Lynx (pelayar web)
Lynx (pelayar web)

Lynx (pelayar web)

Lynx ialah sebuah pelayar web teks yang mudah ditukar konfigurasinya bagi digunakan pada terminal komputer yang mengandungi sel yang dapat dicapai kursor.[1][2] Lynx merupakan pelayar web tertua yang masih diguna secara am dan yang masih dibangunkan,[3] setelah direka pada tahun 1992 dan setakat 2013[update], 21 tahun kemudian, masih diguna dan dikembangkan.